About Me

Halaman rasmi JKKK Bukit Sawa ini dihasilkan bagi membolehkan masalah penghuni Perumahan Bukit Sawa disalurkan secara langsung sebagai memenuhi slogan merakyatkan pentadbiran.

SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI JKKK PERUMAHAN BUKIT SAWA

Halaman rasmi JKKK Bukit Sawa ini dihasilkan bagi membolehkan masalah penghuni Perumahan Bukit Sawa disalurkan secara langsung sebagai memenuhi slogan merakyatkan pentadbiran.

BERHARAP SEMOGA....

Semoga halaman ini sedikit sebanyak memberi info berguna kepada anda. kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan halaman ini dari semasa ke semasa. kami juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada anda demi kebaikan bersama...

Sejarah

·        Merupakan Taman Perumahan Kos Rendah yang dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu sejak tahun 1980 dan diserahkan pada tahun 1989.
·        Didirikan oleh Kerajaan Negeri dengan fokus utama bagi membantu rakyat negeri Terengganu dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
·        Sebelum dimajukan, kawasan tapak perumahan adalah berbukit dan sebahagiannya dikelilingi oleh hutan paya pulai.
·        Jumlah semasa penduduk terdiri dari 400 orang lelaki, 500 orang perempuan dan 50 orang kanak-kanak serta mempunyai 98 buah rumah.
·        Sewaktu proses meratakan bukit bagi dijadikan tapak perumahan dalam tahun 1980an, dikhabarkan bahawa sekumpulan  pekerja telah terserempak dengan seekor ular sawa yang sangat besar dan berada di puncak bukit.
·        Oleh yang demikian, dipercayai bahawa taman perumahan ini mendapat nama susulan dari kejadian tersebut.
·        Tidak lama selepas didiami, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah ditubuhkan yang berperanan sebagai pengantara penduduk dan pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur, kebajikan, kerjasama dan perasaan muhibbah dikalangan penduduk